Tuesday, March 16, 2010

Mesra Alam Maya....



“Solat malam ukhti,”Sebuah mesej sampai di sebuah telefon bimbit seorang ukhti pada sepertiga malam terakhir. Kata yang tertera pada mesej tersebut ialah sebuah kata yang baik,akan tetapi ia akan menjadi sebaliknya jika yang menghantar mesej tersebut adalah seorang ikhwan,hal ini akan menjadi “ sangat baik ”.Sang ukhti akan merasa lebih terharu,tersentuh dan lebih gembira.Mesej tersebut juga boleh membuat sang ukhti bangun dan solat malam,akan tetapi dia solat malam sebab siapa???? Allah atau ikhwan???

Teknologi terkini umpama pisau bermata dua, ia boleh membawa kebaikan bahkan membawa kejahatan. Sebagai contoh TELEFON BIMBIT, muttakhir ini telefon bimbit merupakan keperluan bagi setiap orang untuk menerima dan menyampaikan maklumat dengan kadar yang segera, dengan harga telefon bimbit dan simcard yang semakin murah maka tidak hairanlah jika majoriti remaja dan kanak-kanak memilikinya. Demikian juga dengan remaja muslim dan muslimah yang menjaga pergaulan apabila berjumpa dengan lawan jenis,akan tetapi menjadi sangat berani apabila berkata-kata dalam telefon bimbit.
Alat yang semestinya digunakan untuk kebaikan, akan tetapi digunakan untuk sebaliknya,kata-kata yang biasa digunakan oleh remaja muslim/muslimah ialah kata-kata yang “ baik ” tetapi ada maksud disebaliknya. Pada permulaannya mesej yang dikirim ialah mengejutkan solat malam, mengingatkan solat 5 waktu dan adakalanya memberi nasihat dan doa-doa yang baik, akan tetapi lambat laun yang dikirim akan berubah menjadi “I LOVE U UKHTI”.
Tidak hairanlah jika ramai remaja muslim/muslimah terjebak dalam cinta terlarang hanya melalaui tetefon bimbit. Hal ini kerana syaitan berada di belakang orang yang berbuat baik dan sentiasa menggoda manusia sehingga berjaya, terutamanya berkenaan dengan lawan jenis.
Jadi...... jauhilah perkara-perkara yang boleh menjebak dan menjerat anda ke dalam asmara terlarang, dan berhati-hatilah menggunakan telefon bimbit. Perkara sebegini tidak sesuai untuk remaja mahupun kanak-kanak di usia yang terlalu muda ini. Pergunakanlah masa mudamu dengan sebaiknya dan janganlah menjerumuskan dirimu ke lembah kehinaan dan jangan sesekali menghampiri zina..

No comments:

Post a Comment