Thursday, March 25, 2010

“ HATI ” hati-hati dengan hati


Hati umpama sebuah istana yang tinggi,sementara syaitan adalah musuh yang hendak masuk dan merebut serta menguasai istana tersebut.Istana itu tidak akan selamat daripada musuh kecuali dengan penjagaan yang ketat terhadap pintu-pintu istana.Orang yang tidak mengetahui cara untuk menjaga pintu tersebut akan binasa kerana ia tidak berupaya menghalau syaitan yang hendak memasuki istana hati melalui pintu yang tiada penjaganya.
Pintu istana umpama sifat manusia yang perlu dijaga daripada musuh yang bernama syaitan,agar ia tidak menguasai dan memasuki istana hati.

Antara pintu-pintu tersebut ialah:
 Iri hati dan dengki
Seseorang yang mempunyai sifat iri hati dan dengki akan membuat apa sahaja bagi memuaskan kehendaknya dengan melakukan apa yang dilarang dan membinasakan orang lain.Dengan ini syaitan mempunyai peluang yang besar untuk memasuki pintu istana.

 Marah dan keras hati
Sifat marah merupakan bencana bagi akal manusia.Jika bala tertara telah lemah ,maka pada saat itu syaitan dengan senangnya akan melakukan serangan dan menjadikan manusia umpama hamba.Demikian juga dengan sifat keras hati,di dalam sebuah riwayat iblis berkata “ Jika manusia keras hatinya,maka kami boleh mempermainkannya sepertimana budak kecil bermain bola.”

 Berlebih-lebihan dalam menghias rumah dan berpakaian
Orang yang berlebih-lebihan dalam menghias rumah dan berpakaian akan membuang masa dalam hidupnya hanya untuk berhias,ia juga akan membelanjakan uangnya secara berlebih-lebihan demi memuaskan kehendak hatinya yang tidak pernah puas.

 Kenyang
Perut yang kenyang akan membuat manusia malas dalam melaksanakan perkara yang baik dan melakukan ibadah kepada Allah.

 Tergesa-gesa,tidak berhati-hati dan tiada keyakinan diri
Rasulullah S.A.W bersabda:
“ Tergesa-gesa itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah ”
(HR.Tirmizi dan Baghowi)

 Cinta akan harta
Seseorang yang dalam hatinya tertakhta kecintaan akan harta,maka rasa cinta tersebut akan membuat manusia mencari harta dengan apa cara sekalipun,ia juga akan menjadikan manusia kedekut dalam menunaikan haknya sebagai seorang muslim kerana takut akan kemiskinan.

 Buruk sangka terhadap sesama muslim
Orang yang mempunyai sifat buruk sangka terhadap sesama muslim akan merasa dirinya paling baik dan orang yang berada disekelilingnya tidak baik.Sifat buruk sangka ini akan membawa manusia kelembah permusuhan dan merosak keharmonian sesama insan.

Inilah dia antara pintu-pintu masuk bagi syaitan kedalam hati manusia.Sebagai seorang muslim yang ingin menjaga hatinya agar sentiasa bersih,hendaklah ia menjaga pintu-pintu tersebut agar syaitan tidak memasukinya dan menguasai istana hati.
Ingat!!!! Apabila hati seseorang rosak maka anggota tubuh yang lain juga akan rosak.Jadi….
“ Hati-hatilah dalam menjaga hati ”

Wednesday, March 24, 2010

Cintailah kekasihmu

"Saudaraku! Cintailah kekasihmu karena iman, amal sholeh serta akhlaqnya, agar cintamu abadi. Tidakkah anda mendambakan cinta yang senantiasa menghiasi dirimu walaupun anda telah masuk ke dalam alam kubur dan kelak dibangkitkan di hari kiamat? Tidakkah anda mengharapkan agar kekasihmu senantiasa setia dan mencintaim...u walaupun engkau telah tua renta dan bahkan telah menghuni liang lahad?"

"Dunia hanyalah sementara, diibaratkan ladang untuk hasilnya diakhirat kelak,, tanamlah tanaman bermacam mcm didunia(berilmu), suburkan tanaman ngan pelbagai cara(beramal), semailah pohon2 yang bleh dimakan hasilnya(beriman), spaya diakhirat nnti,, kita hidup senang lenang di syurga yang abadi,,,"

Wednesday, March 17, 2010

Mutiara di balik purdah


Sedarlah engkau wanita
Engkau indah bagai mutiara
Engkau berharga dan dipuja
Apabila engkau faham makna dicipta
Mutiara indah dan berharga
Semua orang cinta dan menyukainya
Dicari walau sejuta rintangan

Engkau tanamkan tonggak islam didada
Terus maju tanpa mundur selangkah
Semua orang menghina dan mencerca
Namun.....
Engkau balas senyuman dibalik purdah

Aduhai,mutiara dibalik purdah
Baiknya budi pekertimu
Sopannya tutur katamu
Lembut dan tunduk pandanganmu
Tertutup rapat keindahanmu
Dikawal dan dijaga dimana kau berada
Tidak semua orang memilikinya

Wahai mutiara dibalik purdah
Hatimu lembut dan mulia
Orang yang menghina
Selalu kau doakan agar dapat hidayah

Imanmu seteguh batu karang
Tak tergoyah walau diterjang badai taufan
Bersujud simpuh diharibaan Rabb semesta alam
Mengharap keridhoaan dan pengampunan

Wahai mutiara dibalik purdah
Jangan sedih dan bimbang
Atas semua penghinaan
Anggaplah itu sebagai cobaan
Untuk mencapai satu tujuan.

“Kepada wanita muslimah bersabarlah pada setiap dugaan dan penghinaan setiap insan,kerana Allah akan membalas dengan pahala dan syurgaNya”

Ilmu dan kehidupan

Keindahan ilmu pada penuntutnya
umpama orang yang buta
kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...


ILMU....
Sebuah kata yang indah,akan tetapi tidak semua orang yang menyadarinya.Mejoriti manusia belajar dan menuntut ilmu hanya untuk famous dan mengejar kemewahan dunia,kononnya kalau belajar tinggi nanti kerja akan mendapat gaji yang tinggi.Akan tetapi hakikatnya adalah salah orang yang mempunyai fikiran sedemikian,hal ini kerana ilmu adalah suatu yang indah dan tidak untuk dijual belikan.Orang yang mencari ilmu hanya untuk dunia maka ia hanya akan memperoleh dunia sahaja,akan tetapi orang yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan mencari ridho Allah,maka Allah akan mengangkat darjatnya dan menambah ilmunya dengan berlipat ganda serta memperoleh ridho Allah,serta akan dihormati oleh manusia.
Setiap manusia diberi peluang untuk menuntut ilmu,akan tetapi tidak semua orang menyahut peluang yang tersedia.Kemiskinan dan perkahwinan bukan suatu masalah bagi orang yang ingin menuntut ilmu.Orang miskin yang berilmu lebih baik daripada orang kaya yang bodoh.Hal ini kerana orang miskin yang berilmu dan menggunakan ilmu yang dimilikinya maka ilmunya akan bertambah,akan tetapi orang kaya yang sentiasa menggunakan hartanya maka harta tersebut lambat laun akan habis dan ia akan menjadi miskin.Sebagaimana kata Abdullah bin Abbas “Ilmu akan menambah kemuliaan orang yang mulia,dan meninggikan darjat pemiliknya di tengah manusia,serta menundukkan para raja laksana tawanan”
Dalam kehidupan sekarang ini,wanita selalu mendapat masalah apabila hendak menuntut ilmu,hal ini kerana ada yang mengatakan bahawa wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana nanti dapur juga tempat kediamannya.Ini adalah satu fikiran yang salah,kerana seorang ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya.Hal ini kerana apabila seseorang itu bodoh maka ia akan mendidik anak dengan kebodohannya,manakala orang yang berilmu akan mendidik anak dengan ilmu yang dimilikinya.
Selain itu,kebiasaanya wanita telah mendirikan rumah tangga pada usia muda.Pada hakikatnya tidak salah bagi wanita yang telah berkeluarga untuk terus menuntut ilmu,sama ada menuntut ilmu di sekolah-sekolah formal atau sang suami yang menjadi guru bagi sang isteri,kerana itu merupakan kewajiban seorang suami untuk mendidik isterinya dan menjadikan isterinya seorang yang berilmu.Jadilah seperti Aisyah bin Abu Bakar,seorang isteri nabi yang menjadi tempat untuk para sahabat bertanya pelbagai soalan walau dia hanya seorang wanita,akan tetapi dia adalah seorang wanita yang cerdas yang sentiasa memperoleh ilmu dari sang suami iaitu Rasulullah.
Oleh itu sebagai seorang islam,hendaklah sentiasa mengejar ilmu,kerana ilmu tidak akan datang dengan sendirinya,dan orang yang sentiasa mencari ilmu akan bertambah dahaga akan ilmu,kerana ilmu itu sangat luas,semakin dalam digali semakin banyak perkara yang tidak diketahui dan ilmu juga akan mengangkat darjat orang yang berilmu.

Tuesday, March 16, 2010

Mesra Alam Maya....



“Solat malam ukhti,”Sebuah mesej sampai di sebuah telefon bimbit seorang ukhti pada sepertiga malam terakhir. Kata yang tertera pada mesej tersebut ialah sebuah kata yang baik,akan tetapi ia akan menjadi sebaliknya jika yang menghantar mesej tersebut adalah seorang ikhwan,hal ini akan menjadi “ sangat baik ”.Sang ukhti akan merasa lebih terharu,tersentuh dan lebih gembira.Mesej tersebut juga boleh membuat sang ukhti bangun dan solat malam,akan tetapi dia solat malam sebab siapa???? Allah atau ikhwan???

Teknologi terkini umpama pisau bermata dua, ia boleh membawa kebaikan bahkan membawa kejahatan. Sebagai contoh TELEFON BIMBIT, muttakhir ini telefon bimbit merupakan keperluan bagi setiap orang untuk menerima dan menyampaikan maklumat dengan kadar yang segera, dengan harga telefon bimbit dan simcard yang semakin murah maka tidak hairanlah jika majoriti remaja dan kanak-kanak memilikinya. Demikian juga dengan remaja muslim dan muslimah yang menjaga pergaulan apabila berjumpa dengan lawan jenis,akan tetapi menjadi sangat berani apabila berkata-kata dalam telefon bimbit.
Alat yang semestinya digunakan untuk kebaikan, akan tetapi digunakan untuk sebaliknya,kata-kata yang biasa digunakan oleh remaja muslim/muslimah ialah kata-kata yang “ baik ” tetapi ada maksud disebaliknya. Pada permulaannya mesej yang dikirim ialah mengejutkan solat malam, mengingatkan solat 5 waktu dan adakalanya memberi nasihat dan doa-doa yang baik, akan tetapi lambat laun yang dikirim akan berubah menjadi “I LOVE U UKHTI”.
Tidak hairanlah jika ramai remaja muslim/muslimah terjebak dalam cinta terlarang hanya melalaui tetefon bimbit. Hal ini kerana syaitan berada di belakang orang yang berbuat baik dan sentiasa menggoda manusia sehingga berjaya, terutamanya berkenaan dengan lawan jenis.
Jadi...... jauhilah perkara-perkara yang boleh menjebak dan menjerat anda ke dalam asmara terlarang, dan berhati-hatilah menggunakan telefon bimbit. Perkara sebegini tidak sesuai untuk remaja mahupun kanak-kanak di usia yang terlalu muda ini. Pergunakanlah masa mudamu dengan sebaiknya dan janganlah menjerumuskan dirimu ke lembah kehinaan dan jangan sesekali menghampiri zina..

Sunday, March 14, 2010

Awasi Tawamu..



Rasulullah S.A.W bersabda “ Barangsiapa yang terlampau banyak ketawa,ia akan mendapat sepuluh kehinanan :

1.Hatinya akan menjadi gelap atau mati
2.Sinar wajahnya akan menjadi hilang
3.Akan diperdayakan oleh syaitan
4.Mendapat murka Allah
5.Diperketat pemeriksaannya kelak di akhirat
6.Akan dibenci oleh Nabi
7.Akan mendapat laknat dari Malaikat
8.Turut dikutuk oleh penghuni langit dan bumi
9.Segala sesuatu akan melupakannya
10.Semua aibnya akan terbongkar pada hari kiamat

Saturday, March 13, 2010

Satu Renungan

Seorang rakan bertanya “Adakah kau sudi bersahabat dengan aku?” rakannya menjawab “ya”.Dengan ikhlas rakannya bertanya lima soalan dan dijawab dengan jujur.
Sahabat,
Kemana kau pergi ketika aku memerlukan bantuanmu?
Sahabat,
Kemana kau pergi ketika aku dalam kesusahan?
Sahabat,
Kemana kau pergi ketika aku sedang sedih?
Sahabat,
Kemana kau pergi ketika aku memerlukan kejujuranmu?
Dan akhir sekali,
Kemana kau pergi ketika aku memerlukan kau disisiku disaat untuk aku meninggalkan kau buat selama-lamanya?
Dengan rasa sedih dan pilu,rakannya baru mengerti apakah erti satu persahabatan dan ukhwah yang juju dan ikhlas.

P/S:Baca dengan hati yang penuh ketenangan,kesabaran dan ingatlah persahabatan itu tidak akan terputus jika orang yang memutuskannya.

Friday, March 12, 2010

Gajah Lebih Besar daripada Lembu Betina


Pada solat subuh di suatu hari, seorang Arab dusun ikut solat jamaah. Pada solat subuh tersebut, imam membaca surah Al-Baqarah ( sapi betina ), namun orang Arab dusun tersebut terlihat agak terburu-buru hingga dia tidak boleh merenungkan isi kandungan surah Al-Baqarah yang dibaca imam.
Pada solat subuh berikutnya, orang Arab dusun tersebut datang lagi ke masjid dan sebelum solat subuh bermula, dia bertanya kepada imam,”surah apa yang engkau baca padasolat subuh kali ini?” Imam menjawab,”surah Al-Fiil ( gajah ).” Mendengar jawapan imam orang Arab dusun tersebut langsung keluar dari masjid sambil berkata, “semalam engkau membaca surah Al-Baqarah dan engkau tidak boleh menghabiskannya hingga tengah. Sekarang engkauakan membaca surah Al-Fiil, sedangkan Al-Fiil itu lebih besar daripada Al-Baqarah, maka kukira engkau tidak mampu menghabiskannya hingga tengah malam sekalipun.”