Thursday, March 25, 2010

“ HATI ” hati-hati dengan hati


Hati umpama sebuah istana yang tinggi,sementara syaitan adalah musuh yang hendak masuk dan merebut serta menguasai istana tersebut.Istana itu tidak akan selamat daripada musuh kecuali dengan penjagaan yang ketat terhadap pintu-pintu istana.Orang yang tidak mengetahui cara untuk menjaga pintu tersebut akan binasa kerana ia tidak berupaya menghalau syaitan yang hendak memasuki istana hati melalui pintu yang tiada penjaganya.
Pintu istana umpama sifat manusia yang perlu dijaga daripada musuh yang bernama syaitan,agar ia tidak menguasai dan memasuki istana hati.

Antara pintu-pintu tersebut ialah:
 Iri hati dan dengki
Seseorang yang mempunyai sifat iri hati dan dengki akan membuat apa sahaja bagi memuaskan kehendaknya dengan melakukan apa yang dilarang dan membinasakan orang lain.Dengan ini syaitan mempunyai peluang yang besar untuk memasuki pintu istana.

 Marah dan keras hati
Sifat marah merupakan bencana bagi akal manusia.Jika bala tertara telah lemah ,maka pada saat itu syaitan dengan senangnya akan melakukan serangan dan menjadikan manusia umpama hamba.Demikian juga dengan sifat keras hati,di dalam sebuah riwayat iblis berkata “ Jika manusia keras hatinya,maka kami boleh mempermainkannya sepertimana budak kecil bermain bola.”

 Berlebih-lebihan dalam menghias rumah dan berpakaian
Orang yang berlebih-lebihan dalam menghias rumah dan berpakaian akan membuang masa dalam hidupnya hanya untuk berhias,ia juga akan membelanjakan uangnya secara berlebih-lebihan demi memuaskan kehendak hatinya yang tidak pernah puas.

 Kenyang
Perut yang kenyang akan membuat manusia malas dalam melaksanakan perkara yang baik dan melakukan ibadah kepada Allah.

 Tergesa-gesa,tidak berhati-hati dan tiada keyakinan diri
Rasulullah S.A.W bersabda:
“ Tergesa-gesa itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah ”
(HR.Tirmizi dan Baghowi)

 Cinta akan harta
Seseorang yang dalam hatinya tertakhta kecintaan akan harta,maka rasa cinta tersebut akan membuat manusia mencari harta dengan apa cara sekalipun,ia juga akan menjadikan manusia kedekut dalam menunaikan haknya sebagai seorang muslim kerana takut akan kemiskinan.

 Buruk sangka terhadap sesama muslim
Orang yang mempunyai sifat buruk sangka terhadap sesama muslim akan merasa dirinya paling baik dan orang yang berada disekelilingnya tidak baik.Sifat buruk sangka ini akan membawa manusia kelembah permusuhan dan merosak keharmonian sesama insan.

Inilah dia antara pintu-pintu masuk bagi syaitan kedalam hati manusia.Sebagai seorang muslim yang ingin menjaga hatinya agar sentiasa bersih,hendaklah ia menjaga pintu-pintu tersebut agar syaitan tidak memasukinya dan menguasai istana hati.
Ingat!!!! Apabila hati seseorang rosak maka anggota tubuh yang lain juga akan rosak.Jadi….
“ Hati-hatilah dalam menjaga hati ”

No comments:

Post a Comment