Wednesday, March 17, 2010

Ilmu dan kehidupan

Keindahan ilmu pada penuntutnya
umpama orang yang buta
kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...


ILMU....
Sebuah kata yang indah,akan tetapi tidak semua orang yang menyadarinya.Mejoriti manusia belajar dan menuntut ilmu hanya untuk famous dan mengejar kemewahan dunia,kononnya kalau belajar tinggi nanti kerja akan mendapat gaji yang tinggi.Akan tetapi hakikatnya adalah salah orang yang mempunyai fikiran sedemikian,hal ini kerana ilmu adalah suatu yang indah dan tidak untuk dijual belikan.Orang yang mencari ilmu hanya untuk dunia maka ia hanya akan memperoleh dunia sahaja,akan tetapi orang yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan mencari ridho Allah,maka Allah akan mengangkat darjatnya dan menambah ilmunya dengan berlipat ganda serta memperoleh ridho Allah,serta akan dihormati oleh manusia.
Setiap manusia diberi peluang untuk menuntut ilmu,akan tetapi tidak semua orang menyahut peluang yang tersedia.Kemiskinan dan perkahwinan bukan suatu masalah bagi orang yang ingin menuntut ilmu.Orang miskin yang berilmu lebih baik daripada orang kaya yang bodoh.Hal ini kerana orang miskin yang berilmu dan menggunakan ilmu yang dimilikinya maka ilmunya akan bertambah,akan tetapi orang kaya yang sentiasa menggunakan hartanya maka harta tersebut lambat laun akan habis dan ia akan menjadi miskin.Sebagaimana kata Abdullah bin Abbas “Ilmu akan menambah kemuliaan orang yang mulia,dan meninggikan darjat pemiliknya di tengah manusia,serta menundukkan para raja laksana tawanan”
Dalam kehidupan sekarang ini,wanita selalu mendapat masalah apabila hendak menuntut ilmu,hal ini kerana ada yang mengatakan bahawa wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana nanti dapur juga tempat kediamannya.Ini adalah satu fikiran yang salah,kerana seorang ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya.Hal ini kerana apabila seseorang itu bodoh maka ia akan mendidik anak dengan kebodohannya,manakala orang yang berilmu akan mendidik anak dengan ilmu yang dimilikinya.
Selain itu,kebiasaanya wanita telah mendirikan rumah tangga pada usia muda.Pada hakikatnya tidak salah bagi wanita yang telah berkeluarga untuk terus menuntut ilmu,sama ada menuntut ilmu di sekolah-sekolah formal atau sang suami yang menjadi guru bagi sang isteri,kerana itu merupakan kewajiban seorang suami untuk mendidik isterinya dan menjadikan isterinya seorang yang berilmu.Jadilah seperti Aisyah bin Abu Bakar,seorang isteri nabi yang menjadi tempat untuk para sahabat bertanya pelbagai soalan walau dia hanya seorang wanita,akan tetapi dia adalah seorang wanita yang cerdas yang sentiasa memperoleh ilmu dari sang suami iaitu Rasulullah.
Oleh itu sebagai seorang islam,hendaklah sentiasa mengejar ilmu,kerana ilmu tidak akan datang dengan sendirinya,dan orang yang sentiasa mencari ilmu akan bertambah dahaga akan ilmu,kerana ilmu itu sangat luas,semakin dalam digali semakin banyak perkara yang tidak diketahui dan ilmu juga akan mengangkat darjat orang yang berilmu.

No comments:

Post a Comment