Kita merayakan Aidilfitri dengan penuh kegenbiraan selepas sebulan berpuasa. Jangan sampai pahala kita di sepanjang Ramadhan rosak kerana perbuatan kita pada hari raya. Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah dan jika dikaitkan dengan ibadah puasa sebagai bulan latihan, maka hasilnya umat islam akan kembali kepada fitrah. Tetapi berapa ramai yang boleh mengekalkan kesucian dan kebersihan hati daripada dosa..?? Di sini terdapat beberapa kesalahan yang tidak sepatutnya dibiasakan ketika berhari raya.
Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa. Sedangkan Allah ada berfirman dalam surah al-Isra' ayat 27 : Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Tabarruj (melampau dalam perhiasan)bagi wanita.
Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. Nabi SAW pernah memberikan amaran menerusi sebuah hadis sahih riwayat al-Maqdisi yang bermaksud: "Jika dicucuk kepala seseorang kamu dengan besi lebih baik daripada dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya".

Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.

Sambutan hari raya yang sepatutnya melahirkan rasa terima kasih dan syukur kepada Allah kerana dikembalikan kepada fitrah, telah bertukar kepada majlis dosa dan maksiat. Jadi di mana silapnya sambutan hari raya kita? Oleh itu, zahirkan rasa syukur pada bulan Syawal dengan banyak bertakbir membesarkan Allah s.w.t. Ingatlah bahawa orang yang bertakwa tidak mungkin akan melakukan dosa sepanjang menyambut hari raya.
No comments:
Post a Comment