Saturday, July 3, 2010

Meluruskan Shaf Sebelum Solat Berjemaah


Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi wa Sallam amat menitikberatkan keadaan shaf sebelum solat. Baginda akan menyuruh jamaah untuk meluruskan shaf. Perkara ini bukan dimanopoli oleh imam sahaja, tetapi berlaku juga bagi orang yang menjadi makmum.
Tentang kebiasaan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi wa Sallam dalam hal ini, Anas bin Malik Radiallahu Anhu berkata yang bermaksud:

“Nabi Sollallahu Alaihi wa Sallam apabila hendak takbiratul ihram, baginda menghadapkan wajahnya kepada kami seraya berkata, ‘rapatkanlah dan luruskan’. Dalam riwayat lain baginda berkata, ‘luruskanlah shaf-shaf kalian, kerana shaf yang lurus adalah sebahagian dari kesempurnaan solat’.” ( Muttafaq Alaih )

Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah Sollallahu Alaihi wa Sallam setiap kali akn mengimami para sahabat, baginda akan menghadap ke arah mereka dan menyuruh mereka agar meluruskan, merapatkan dan merepikan shaf. Baginda tidak ingin barisan kaum muslimin berantakan dan tidak teratur. Hal ini kerana, shaf yang rapat, lurus dan tersusun rapi menunjukkan bagusnya solat mereka, kesempurnaan mereka dalam mematuhi perintah imam (Nabi), menyatukan hati-hati mereka dan menampakkan pemandangan yang indah.

Begitu pentingnya nilai kerapian shaf sehingga kadang-kadang Nabi Sollallahu Alaihi wa Sallam turun ke shaf para sahabat da meluruskan shaf mereka dengan tangan baginda. Al-Barra’ bin Azib Radiallahu Anhu menceritakan yang bermaksud :

“Rasulullah Sollallahu Alaihi wa Sallam terkadang merapatkan shaf yang kosong dari satu sisi ke sisi yang lain. Baginda meluruskan dada dan bahu kami seraya berkata, ‘Janganlah kalian berselisih kerana hati kalian juga akan berselisih’. Baginda juga bersabda, ‘Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mendoakan shaf-shaf pertama’.” ( HR. Abu Daud )

‘Janganlah kalian berselisih’, maksudnya janganlah bahu dan dada kalian saling mendahului antara satu sama lain. Dan ‘hati kalian juga akan berselisih’, bermaksud mempunyai keinginan buruk serta mengikuti hawa nafsu.

Jadi, sesuai dengan sunnah dan kebiasaan yang dilakukan Nabi, hendaklah seorang imam menyuruh makmum agar meluruskan dan merapatkan shaf sebelum memulakan solat. Makmu juga harus mengikut apa yang dikatakan imam kerana meluruskan dan merapatkan shaf adalah sunnah.

Oleh itu, sesuai dengan sunnah dan kebiasaan yang dilakukan Nabi, seorang imam haruslah menyuruh makmum agar meluruskan shafnya sebelum solat. Jika masih ada celah yang kosong imam mesti menyuruh makmum untuk mengisinya.

No comments:

Post a Comment