Friday, June 1, 2012

Mari Hitung Nikmat Allah

Tengoklah rumah sakit jiwa,agar kita boleh melihat nikmat akal yang diberikan Allah kepada kita.

Tengoklah wad para pesakit, agar kita boleh melihat nikmat kesihatan yang diberikan Allah kepada kita.

Tengoklah penjara, agar dapat menyaksikan nikmat kebebasan yang diberikan Allah kepada kita.

Lihatlah orang kafir, agar boleh melihat nikmat Islam yang diberikan Allah kepada kita.

Lihatlah tempat duduk orang lumpuh, agar kita dapat melihat nikmat berjalan yang diberikan Allah kepada kita.

Pandanglah orang buta, agar kita dapat melihat nikmat penglihatan yang diberikan Allah kepada kita.

Perhatikanlah orang pekak, agar kita dapat melihat nikmat pendengaran yang diberikan Allah kepada kita.

Perhatikanlah orang bisu, agar kita boleh melihat nikmat bicara yang Allah kuniakan kepada kita.

Tataplah yang orang yang berkudis, agar kita tahu nikmat kulit yang indah yang diberikan kepada kita.

Friday, August 26, 2011

Beberapa Kesalahan Berhari Raya

Kita merayakan Aidilfitri dengan penuh kegenbiraan selepas sebulan berpuasa. Jangan sampai pahala kita di sepanjang Ramadhan rosak kerana perbuatan kita pada hari raya. Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah dan jika dikaitkan dengan ibadah puasa sebagai bulan latihan, maka hasilnya umat islam akan kembali kepada fitrah. Tetapi berapa ramai yang boleh mengekalkan kesucian dan kebersihan hati daripada dosa..?? Di sini terdapat beberapa kesalahan yang tidak sepatutnya dibiasakan ketika berhari raya.

Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa. Sedangkan Allah ada berfirman dalam surah al-Isra' ayat 27 : Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Beria-ia solat sunat Hari raya tetapi tidak solat subuh.

Tabarruj (melampau dalam perhiasan)bagi wanita.

Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. Nabi SAW pernah memberikan amaran menerusi sebuah hadis sahih riwayat al-Maqdisi yang bermaksud: "Jika dicucuk kepala seseorang kamu dengan besi lebih baik daripada dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya".

Makan berlebihan.

Minta maaf bermusim; hanya pada hari raya sahaja.

Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.

Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam islam, raya Aidilritri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa, sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang telah berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal (puasa), maka ia seperti (pahala) puasa al-dahr (setahun).

Sambutan hari raya yang sepatutnya melahirkan rasa terima kasih dan syukur kepada Allah kerana dikembalikan kepada fitrah, telah bertukar kepada majlis dosa dan maksiat. Jadi di mana silapnya sambutan hari raya kita? Oleh itu, zahirkan rasa syukur pada bulan Syawal dengan banyak bertakbir membesarkan Allah s.w.t. Ingatlah bahawa orang yang bertakwa tidak mungkin akan melakukan dosa sepanjang menyambut hari raya.

Monday, June 6, 2011

Sains Barat Menyesatkan Iman Umat Islam


Fakta Saintis Barat


1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.

2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).

3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.

4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu


Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.(Al-Baqarah- Ayat 30-34)

BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.

Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda". Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith

Hadis al-Bukhari yang berbunyi :

Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab:
"Masjid al-Haram", saya bertanya lagi: "kemudiannya...", balas Rasulullah SAW:
"Masjid al-Aqsa". Saya bertanya lagi: "Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh
dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: "empat puluh tahun, di mana sahaja
kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan
(untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)". Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40 tahun.

MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDLM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam

Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat Al-Quran itu lebih hebat daripada segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.-ohislam.com-

Tuesday, March 15, 2011

10 Kunci Persahabatan Yang Baik


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan
perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Thursday, February 3, 2011

Keldai membaca


Timur Lenk menghadiahi Nasrudin seekor keledai. Nasrudin menerimanya dengan senang hati. Tetapi Timur Lenk meminta, "Ajari keledai itu membaca. Dalam dua minggu, datanglah kembali ke mari, dan kita lihat hasilnya."

Nasrudin berlalu, dan dua minggu kemudian ia kembali ke istana. Tanpa banyak bicara, Timur Lenk menunjuk ke sebuah buku besar. Nasrudin menggiring keledainya ke buku itu, dan membuka sampulnya.

Si keledai menatap buku itu, dan tak lama mulai membalik halamannya dengan lidahnya. Terus menerus, dibaliknya setiap halaman sampai ke halaman akhir. Setelah itu si keledai menatap Nasrudin. ''Demikianlah," kata Nasrudin, "Keledaiku sudah bisa membaca."

Timur Lenk mulai menginterogasi, "Bagaimana caramu mengajari dia membaca ?"

Nasrudin berkisah, "Sesampainya di rumah, aku siapkan lembaran-lembaran besar mirip buku, dan aku sisipkan biji-biji gandum di dalamnya. Keledai itu harus belajar membalik-balik halam untuk bisa makan biji-biji gandum itu, sampai ia terlatih betul untuk membalik-balik halaman buku dengan benar."

"Tapi," tukas Timur Lenk tidak puas, "Bukankah ia tidak mengerti apa yang dibacanya ?"

Nasrudin menjawab, "Memang demikianlah cara keledai membaca: hanya membalik-balik halaman tanpa mengerti isinya. Kalau kita membuka-buka buku tanpa mengerti isinya, kita disebut setolol keledai, bukan?"

Monday, December 20, 2010

Kisah si pemalas dengan Abu Hanifah

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata,"Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah lunglai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Setelah sampai kembali ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi uang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi uang dan secebis kertas yang bertulis,

"Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi,"Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kemarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi uang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya,

"Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan・jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah SWT tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah SWT tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah railah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."


Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.
Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Wednesday, November 24, 2010

wanita vs nabi muhammad

"Aku benci,benci dengar namanya.Aku sungguh2
tidak mahu mendengar namanya lagi!Kalau aku
terus menetap di negeri ini pasti dan pastinya
namanya akan sampai ketelingaku ini",mengeluh
seorang wanita tua sambil membawa beberapa
karung beg berisi barang2 miliknya dengan niat
berpindah dari negeri itu..


Wanita tua itu tetap bertekad untuk berpindah dari
negeri itu memandangkan dia tidak sukakan
seorang manusia mulia.Di mana2 orang bercakap
tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak
selesa tinggal di negeri itu.Dalam panas matahari
yang membelah kepala dia sekuat kudrat
mengheret karung yang penuh dengan barangan
miliknya.Kesan heretan itu jelas kelihatan pada
lantai padang pasir tersebut,larat atau tidak,dia
telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari
bandar tersebut.Yang dia inginkan nama orang
mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya,itu
sahaja hasratnya buat masa ini.Rasa benci
membuak2 di dalam dada wanita tua tersebut

Melihat wanita tua yang terumbang ambing
tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk
menghulurkan bantuan.Tanya pemuda
tersebut"wahai makcik,kemanakah arah tujuan
makcik?sekiranya makcik membenarkan saya
membawa karung makcik,saya boleh
membawakan untuk makcik".Wanita tua itu pun
berkata"makcik tak tahan mendengar nama
muhammad(s.a.w)di mana2nama dia bermain di
bibir orang,makcik benci mendengar
namanya.Sebab tulah makcik nak pergi jauh dari
sini"."Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan
karung ni,sehingga makcik sampai ke tempat
tujuan",pemuda itu menawarkan bantuan kepada
wanita tua tadi.

Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan
dgn berbagai berita"kurang baik"dan cercaan demi
cercaan tentang muhammad,tiada satu pun yang
baik2 melainkan yang buruk2 belaka.Pemuda
yang membawa barang itu hanya diam dan
mendengar dgn penuh tekun.Pesan wanita tua
itu"wahai pemuda yang baik hati,kamu telah
menolongku dikala tiada siapa yang membantuku
untuk membawa barangku,ramai pemuda gagah
melewatiku,namun tiada siapa yang membantu
melainkan kamu,untuk membalas jasamu itu aku
ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang
penting,dengarlah baik2,jauhilah dirimu dari
muhammad(s.a.w).""Apakah makcik pernah
berjumpa muhammad(s.a.w)sebelum ini?"tanya
pemuda itu."Tidak,belum pernah bertemu
dengannya",jawab wanita tua tersebut.Pemuda itu
hanya tersanyum dan meminta izin untuk kembali
ke Makkah memandangkan wanita itu telah
sampai ke destinasinya.

"Wanita jenis apakah aku ni?Pemuda ini telah
menolongku tanpa diminta dan bersusah payah
membawa karungku ini tapi aku tak ucapkan
terima kasih pun atau menanyakan
namanya.."bisik wanita tua itu sambil
menyalahkan dirinya."Wahai pemuda yang baik
hati,siapakh namamu?"MUHAMMAD IBNI
ABDULLAH(S.A.W),"jawab pemuda itu dengan
lembut.Wanit tua itu terasa langit terbelah dan
jatuh ke atas kepalanya.Dia tidak percaya apa
yang telah berlaku padanya."Apakah benar kamu
muhammad?",tidak mungkin kamu muhammad
(s.a.w)kerana tiada satu pun berita baik yang
sampai kepadaku mengenai muhammad(s.a.w)
melainkan semuanya adalah yang tak
elok.Tetapi,kamu wahai pemuda yang baik
hati,kamu sungguh berakhlak mulia,dan bersifat
kasih.Apa kamukah yang aku cerca sepanjang
perjalanan,bagaimana orang musyrikin Makkah
sampai hati sanggup mencercamu sedangkan
kamulah satu2nya Al-Amin yang pernah muncul
dlm kalangan kami?Kalau benar kamu muhammad
(s.a.w)bersaksilah kamu wahai pemuda yang
mulia.Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna
muhammadar rasulullah.Wanita itu terus beriman

Mulianya nabi Muhammad!!!semoga kita dapat
jadikn beliau sbg role model or qudwatul hasanah..

Sesungguhnya pada diri rasul itu ada suri tauladan
yang baik..