Wednesday, November 24, 2010

wanita vs nabi muhammad

"Aku benci,benci dengar namanya.Aku sungguh2
tidak mahu mendengar namanya lagi!Kalau aku
terus menetap di negeri ini pasti dan pastinya
namanya akan sampai ketelingaku ini",mengeluh
seorang wanita tua sambil membawa beberapa
karung beg berisi barang2 miliknya dengan niat
berpindah dari negeri itu..


Wanita tua itu tetap bertekad untuk berpindah dari
negeri itu memandangkan dia tidak sukakan
seorang manusia mulia.Di mana2 orang bercakap
tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak
selesa tinggal di negeri itu.Dalam panas matahari
yang membelah kepala dia sekuat kudrat
mengheret karung yang penuh dengan barangan
miliknya.Kesan heretan itu jelas kelihatan pada
lantai padang pasir tersebut,larat atau tidak,dia
telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari
bandar tersebut.Yang dia inginkan nama orang
mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya,itu
sahaja hasratnya buat masa ini.Rasa benci
membuak2 di dalam dada wanita tua tersebut

Melihat wanita tua yang terumbang ambing
tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk
menghulurkan bantuan.Tanya pemuda
tersebut"wahai makcik,kemanakah arah tujuan
makcik?sekiranya makcik membenarkan saya
membawa karung makcik,saya boleh
membawakan untuk makcik".Wanita tua itu pun
berkata"makcik tak tahan mendengar nama
muhammad(s.a.w)di mana2nama dia bermain di
bibir orang,makcik benci mendengar
namanya.Sebab tulah makcik nak pergi jauh dari
sini"."Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan
karung ni,sehingga makcik sampai ke tempat
tujuan",pemuda itu menawarkan bantuan kepada
wanita tua tadi.

Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan
dgn berbagai berita"kurang baik"dan cercaan demi
cercaan tentang muhammad,tiada satu pun yang
baik2 melainkan yang buruk2 belaka.Pemuda
yang membawa barang itu hanya diam dan
mendengar dgn penuh tekun.Pesan wanita tua
itu"wahai pemuda yang baik hati,kamu telah
menolongku dikala tiada siapa yang membantuku
untuk membawa barangku,ramai pemuda gagah
melewatiku,namun tiada siapa yang membantu
melainkan kamu,untuk membalas jasamu itu aku
ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang
penting,dengarlah baik2,jauhilah dirimu dari
muhammad(s.a.w).""Apakah makcik pernah
berjumpa muhammad(s.a.w)sebelum ini?"tanya
pemuda itu."Tidak,belum pernah bertemu
dengannya",jawab wanita tua tersebut.Pemuda itu
hanya tersanyum dan meminta izin untuk kembali
ke Makkah memandangkan wanita itu telah
sampai ke destinasinya.

"Wanita jenis apakah aku ni?Pemuda ini telah
menolongku tanpa diminta dan bersusah payah
membawa karungku ini tapi aku tak ucapkan
terima kasih pun atau menanyakan
namanya.."bisik wanita tua itu sambil
menyalahkan dirinya."Wahai pemuda yang baik
hati,siapakh namamu?"MUHAMMAD IBNI
ABDULLAH(S.A.W),"jawab pemuda itu dengan
lembut.Wanit tua itu terasa langit terbelah dan
jatuh ke atas kepalanya.Dia tidak percaya apa
yang telah berlaku padanya."Apakah benar kamu
muhammad?",tidak mungkin kamu muhammad
(s.a.w)kerana tiada satu pun berita baik yang
sampai kepadaku mengenai muhammad(s.a.w)
melainkan semuanya adalah yang tak
elok.Tetapi,kamu wahai pemuda yang baik
hati,kamu sungguh berakhlak mulia,dan bersifat
kasih.Apa kamukah yang aku cerca sepanjang
perjalanan,bagaimana orang musyrikin Makkah
sampai hati sanggup mencercamu sedangkan
kamulah satu2nya Al-Amin yang pernah muncul
dlm kalangan kami?Kalau benar kamu muhammad
(s.a.w)bersaksilah kamu wahai pemuda yang
mulia.Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna
muhammadar rasulullah.Wanita itu terus beriman

Mulianya nabi Muhammad!!!semoga kita dapat
jadikn beliau sbg role model or qudwatul hasanah..

Sesungguhnya pada diri rasul itu ada suri tauladan
yang baik..

Sakit jiwa atau sakit hati?


Pada suatu hari,seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd.Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd:"Wahai ibnu Masu'd,nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.Buat masa ini,jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."

Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt.Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain.Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah.Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi,contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran,mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."

Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd,lelaki itu pun kembali ke rumahnya.Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk.Selesai membaca al-Quran,dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.
Wallahua'lam.